Selangor beri kelonggaran solat Jumaat, 5 waktu di masjid, surau

0
2

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) memberikan kelonggaran kepada masjid dan surau di negeri itu untuk melaksanakan solat Jumaat serta lima waktu dengan jumlah jemaah ditetapkan.

Ketetapan pelaksanaan solat lima waktu akan berkuatkuasa bermula solat Maghrib malam ini, manakala bagi pelaksanaan solat Jumaat akan berkuatkuasa Jumaat ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata penetapan jumlah jemaah itu dibuat selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai Jumaat ini hingga 18 Mac.

“Berdasarkan kelonggaran baharu, 350 jemaah termasuk pentadbir dibenarkan menunaikan solat Jumaat manakala bagi solat lima waktu, 100 jemaah sahaja dibenarkan di Masjid Pengurusan.

“Seramai 350 jemaah dibenarkan solat Jumaat dan 200 jemaah bagi solat lima waktu di Masjid Institusi manakala di Masjid Kariah pula, seramai 300 jemaah bagi solat Jumaat dan 100 bagi solat lima waktu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi surau kebenaran solat Jumaat dan surau Kariah, jumlah jemaah dibenarkan adalah 100 orang manakala solat lima waktu, 50 jemaah dibenarkan (termasuk pentadbir).

Selain itu, katanya, aktiviti pengimarahan di masjid dan surau masih ditangguhkan, namun proqram tazkirah Jumaat, bacaan Yasin dan tahlil, zikir dan doa munajat adalah dibenarkan.

“Pelaksanaan kuliah dan tazkirah yang lain hanya boleh dilaksanakan secara online atau Facebook Live yang dibuat dari kediaman penceramah atau pentazkirah masing-masing,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here