Sebab apa petik nama saya?

0
2
Pix via Malaysiapost

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak terfikir untuk memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan, apatah lagi bukan lagi bergelar Presiden Umno.

Ahli Parlimen Pekan itu menyatakan demikian di sebalik undian secara dalam talian oleh UtusanTV yang menyaksikan beliau mendapat undian tertinggi sebagai calon Perdana Menteri menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Keutamaan saya sekarang hanya untuk membersihkan nama daripada tuduhan-tuduhan mahkamah tinggalan Pakatan Harapan (PH),” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Najib turut memuat naik pautan undian secara dalam talian tersebut yang setakat tengah hari ini menyaksikan beliau mendapat 19,224 undi atau 44 peratus daripada 44,181 keseluruhan undian.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat undian kedua tertinggi iaitu 14 peratus, diikuti Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan (12 peratus) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (6).

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masing-masing berkongsi satu peratus undian apabila mendapat undi di bawah 1,000.

Mengulas lanjut, Najib berkata kedua-dua undian termasuk parti manakah menjadi pilihan pada PRU15 memberi gambaran bahawa Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) kurang buat kerja.

“C’mon JKOM. Kedua-dua poll masih buka. Kipidap! Dongibab! Jaga-jaga bahawa peruntukan RM45 juta tidak ditarik balik,” sindir Perdana Menteri keenam itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here