Ini terang-terang potong barisan – YB Rara

0
2
young syefura

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman mempersoalkan bagaimana Ahli Majlis merangkap timbalan ketua Umno di sebuah bahagian di Pahang telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi Facebooknya, Young Syefura atau mesra dengan panggilan Rara memuat naik tangkap layar satu hantaran di media sosial oleh pemimpin Umno tersebut yang memaklumkan dia sudah divaksin.

“Tapi di Bentong ada Ahli Majlis merangkap Timbalan Ketua Umno dah dapat vaksin.

“Terang-terang potong giliran. Paling frontliner la ye?

“Mungkin beliau ada jawatan yang sangat penting. Mohon maaf kalau salah ya,” katanya.

Menerusi tangkap layar tersebut, pemimpin Umno itu memberitahu dia telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Bentong.

“Alhamdulillah ketika disuntik pun tidak merasa sakit, rasa suntikannya sama seperti menerima apa jua suntikan.

“Alhamdulillah selepas 30 minit suntikan tiada sebarang komplikasi pada diri saya. Eloklah kita semua mendaftar melalui Mysejahtera untuk mendapatkan vaksin Covid-19,” tulisnya.

Bagaimanapun, tinjauan Malaysiapost di Facebook pemimpin tersebut mendapati hantaran itu telah tiada, kemungkinan sudah dipadam. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here