Pergerakan dari Selangor, KL ke Putrajaya masih tidak dibenarkan – Ismail Sabri

0
2

Nurul Huda Abhar

PERGERAKAN dari negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Putrajaya masih tidak dibenarkan berikutan Putrajaya kini bertukar kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Manakala, Selangor dan Kuala Lumpur kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 5 Mac 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seperti yang dilaksanakan sewaktu PKPB terdahulu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah dianggap satu zon.

“Pergerakan rentas antara Selangor (PKPB) ke Kuala Lumpur (PKPB) adalah dibenarkan.

“Walaubagaimanapun pergerakan dari Selangor atau Kuala Lumpur ke Putrajaya masih tidak dibenarkan kerana Putrajaya berstatus PKPP. Ini bagi melindungi Putrajaya dari penularan Covid-19.

“Pergerakan dari Selangor atau Kuala Lumpur ke WP Putrajaya masih memerlukan kebenaran polis kecuali bagi mereka yang bekerja dan mempunyai surat majikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hari ini, kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menggantikannya dengan PKPB serta PKPP berkuatkuasa 5 Mac ini.

Ismail Sabri berkata, empat negeri yang sebelum ini dilaksanakan PKP kini ditukar status kepada PKPB.

Menurutnya negeri berkenaan adalah Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

“Manakala Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal kepada PKPB.

“Enam lagi negeri sebelum ini dilaksanakan PKPB iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan ditukar daripada status PKPB kepada PKPP,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Beliau berkata, bagi Perlis pula ia kekal sebagai negeri berstatus PKPP. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here