Kebenaran rentas negeri : Penilaian risiko perlu dilakukan terlebih dahulu

0
2
lebuhraya jam kereta jalanraya highway pkp

PENILAIAN risiko keadaan semasa jangkitan Covid-19 perlu dilakukan sebelum keputusan membenarkan pergerakan rentas negeri dibuat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, zon hijau dan kuning masih perlu dilindungi biarpun Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sudah dimulakan 24 Februari lalu.

Menurutnya, terdapat enam perkara perlu dinilai terlebih dahulu bagi melindungi zon hijau dan kuning.

“Untuk membenarkan rentas daerah, kita perlu melihat faktor setempat, contohnya di Sabah dan Sarawak dan untuk merentas negeri kita juga perlu melihat zon merah atau hijau.

“Keputusan akan dibentangkan ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kita akan bincangkan bersama untuk mengimbangkan sektor kesihatan dan ekonomi sebelum keputusan dimaklumkan kepada umum,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat bagi menjawab persoalan permintaan gabungan 262 persatuan perniagaan dan dewan peniaga serta perdagangan.

Ia berkaitan dengan permintaan supaya kerajaan mengkaji semula saranan sebelum ini untuk larangan merentas negeri dan daerah dikekalkan sehingga 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia menerima vaksin Covid-19.

Kumpulan itu memaklumkan saranan tersebut adalah sangat menakutkan dan memberi impak negatif kepada sektor perniagaan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/02/rentas-negeri-zahid-bimbang-sektor-pelancongan-makin-terjejas/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here