TERDAPAT pertambahan satu lagi kluster baharu yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi pada hari ini iaitu daripada sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Bukit Blossoms 10, Taman Bukit Blossoms, Seremban.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks dalam Kluster Bukit dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Februari lalu hasil saringan pra prosedur.
“Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Bukit Blossoms 10, Taman Bukit Blossoms, Seremban.
“Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya dalam sidang media hari ini.
Semalam, KKM melaporkan terdapat kluster baharu iaitu, Kluster Jalan Cempedak membabitkan kluster kumpulan berisiko tinggi ini di daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dr Noor Hisham berkata, kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Sungai Gadut (56 kes), Kluster Jalan Muhibbah (49 kes), dan Kluster Jalan DPB Enam (36 kes).
“KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi,” ujarnya.
Perincian kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
KLUSTER TAMAN ALAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Alam Megah, Shah Alam, Petaling.
Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN MAWAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang terletak di Jalan Mawar, Kajang, Hulu Langat.
Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
KLUSTER SEMENTA 27
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor, dan Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sementa 27/91, Shah Alam, Petaling.
Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN DPB ENAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan DPB/6, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor Bahru.
Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN CYBER SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-297162) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 1, Kawasan Perindustrian Senai 3, Kulai.
Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PERSIARAN BAYAN INDAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-271613) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Persiaran Bayan Indah, Barat Daya.
Sehingga 2 Mac 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. -Malaysiapost

