Tiada lagi PKP, hanya PKPB dan PKPP di seluruh negara

0
2
Ismail Sabri

KERAJAAN menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menggantikannya dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa 5 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, empat negeri yang sebelum ini dilaksanakan PKP kini ditukar status kepada PKPB.

Menurutnya negeri berkenaan adalah Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

“Manakala Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal kepada PKPB.

“Enam lagi negeri sebelum ini dilaksanakan PKPB iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan ditukar daripada status PKPB kepada PKPP,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Beliau berkata, bagi Perlis pula ia kekal sebagai negeri berstatus PKPP.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“KKM mengesahkan kes Covid-19 di seluruh negara ketika ini menunjukkan trend penurunan begitu juga dengan kadar kebolehjangkitan.

“Selain daripada itu, kes kluster dan kes dalam komuniti juga didapati menurun,” katanya

Menurutnya, perintah itu berkuatkuasa dari 5 Mac hingga 18 Mac ini kecuali di Sarawak iaitu dari 2 Mac hingga 15 Mac depan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here