Sherry Alhadad sertai ‘JoHaRaRy Pagi ERA’

0
3

PERSONALITI TV versatil, Sherry Alhadad kini menyerikan pendengar radio ERA FM menerusi segmen ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ bersama Johan, Haniff dan Ray.

Segmen baharu itu menemui pendengar setia radio ERA secara rasmi bermula semalam, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi.

Pengurus Kandungan ERA, Erman Zaki berkata, pihaknya teruja untuk memberikan sesuatu yang segar kepada pendengar setia ERA.

“Dengan pengalaman Sherry sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV tempatan, peminat ERA boleh menantikan segmen pagi yang memang ‘Ekstra Mantul’ dengan keserasian bersama personaliti sedia ada.

“Kami berterima kasih kepada peminat ERA atas sokongan yang menjadikan radio ERA sebagai jenama radio No 1 di Malaysia. Kami sentiasa berusaha menawarkan kandungan yang relevan serta menghiburkan buat demografik peminat ERA.

“Kami juga berharap peminat ERA dapat terus berhibur dan menikmati pembaharuan ini bermula 1 Mac,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain penambahan personaliti baharu di stesen radio itu, para peminat juga boleh terus berhibur dan menikmati pengisian menarik bersama ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ seperti Sketsa JoHaRaRy, Spontan ERA dan Sam Leper. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here