Amalan dua darjat makin berleluasa – Puad

0
2
PERAK TENGAH 16 JANUARI 2018. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengadakan sidang media selepas program Jelajah Komuniti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar. NSTP/MUHAIZAN YAHYA

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan isu timbalan menteri bercuti ke luar negara dengan alasan melawat keluarga menunjukkan lagi berlakunya perbezaaan dua darjat.

Soalnya, adakah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan sahaja layak jadi ibu bapa bertanggungjawab, rakyat biasa tidak?

Beliau berkata, rakyat memang pelik bagaimana permohonan cuti panjang 55 hari untuk seorang timbalan menteri boleh lulus.

“Amat luar biasa kerana alasannya ialah untuk bersama keluarga yang duduk di luar negara.

“Kasihan frontliners yang permohonan cuti mereka tidak lulus. Habis tinggi mereka mohon dua-tiga hari sahaja untuk melawat anak dan isteri di luar daerah.

“Namun, YB Dr Santhara bagi alasan, dia mohon cuti dan kelulusan rentas sempadan ke New Zealand kerana mahu menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Soal Mohd Puad lagi, apakah rakyat biasa yang dilarang melakukan rentas daerah dan negeri untuk melawat keluarga mereka dianggap ibu bapa tidak bertanggungjawab?

“Mereka bukan mohon rentas negara. Seorang YB perlu kerap berada di kawasan.

“Apatah lagi di musim pandemik dan musim banjir. Segamat pun tidak kurang terkesan. Cuti dua minggu tidak cukup ke?,” katanya.

Beliau berkata, ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN), cuti menteri dan timbalan menteri dibekukan ketika musim banjir.

“Datuk Seri Najib Razak membatalkan percutiannya dan terus ke Kelantan yang dilanda banjir besar tahun 2014.

“Apakah jawatan Timbalan Menteri Wilayah tidak penting? Makin berleluasa amalan dua darjat di negara kita,”ujarnya.

Semalam, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Edmund Santhara Kumar menafikan tuduhan beliau berulang alik ke New Zealand sejak Disember lalu serta mengabaikan tanggungjawab dalam kerajaan dan Ahli Parlimen.

Sebaliknya, beliau menjelaskan telah memohon cuti selama 55 hari bekerja melalui Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bagi mendapatkan kelulusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu surat pada 3 Disember 2020.

Susulan itu, katanya, permohonan itu telah disokong oleh Menteri Wilayah Persekutuan pada 10 Disember lalu dan diluluskan Perdana Menteri pada 18 Disember. – Malaysiapost


Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/03/01/timbalan-menteri-nafi-tuduhan-ulang-alik-ke-new-zealand/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here