KPM mahu perkasakan lagi pendidikan khas

0
2

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus memperkasakan pendidikan untuk murid berkeperluan khas (MBK).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata beliau telah meninjau sesi pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 18 (1), bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang turut memulakan sesi persekolahan secara bersemuka semalam.

Katanya, beliau kagum melihat semangat anak-anak istimewa itu untuk ke sekolah.

“Mereka berjiwa kental! Apa yang penting adalah untuk kita menyediakan ruang dan peluang seluasnya buat mereka mengoptimumkan potensi diri masing-masing.

“Kesedaran masyarakat pelbagai peringkat tentang MBK pada hari ini jauh berbeza berbanding ketika saya kecil dahulu,” katanya menerusi Facebook.

Pada masa itu menurutnya, kesedaran untuk mengoptimumkan potensi anak-anak tersebut kurang dititikberatkan.

“Sewaktu di Australia dahulu saya melihat bagaimana ibu bapa menitikberatkan kepada usaha untuk membolehkan anak-anak istimewa ini berdikari.

“Bagi mereka, kejayaan yang diimpikan adalah untuk anak-anak ini mampu berdikari dalam kehidupan.

“Justeru, KPM akan terus memperkasakan pendidikan untuk MBK. Pak cik doakan kejayaan buat anak-anak semua,” katanya. – Malaysiapost


Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/03/01/lebih-sejuta-murid-mula-ke-sekolah-hari-ini/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here