Status PKP 2.0 dijangka diumumkan hari ini

0
1
pkp polis roadblock

STATUS Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang sama ada dilanjutkan atau sebaliknya, akan diketahui petang ini.

Begitu juga status PKP Bersyarat di negeri-negeri lain serta PKP Pemulihan di Perlis.

Kecuali Sarawak, tempoh pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP di seluruh negara dijadualkan berakhir pada Khamis ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan perkembangan terbaharu itu menerusi sidang media di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Ismail Sabri memberi bayangan PKP 2.0 mungkin akan dilanjutkan, mengambil kira kenyataannya bahawa ia mungkin ditamatkan apabila imuniti kelompok dicapai melalui pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Beliau berkata, keputusan untuk menarik balik PKP dengan mengambil kira jumlah peratusan rakyat sudah divaksin bagaimanapun masih belum dibincangkan lagi buat masa ini.

Apa yang paling menjadi tumpuan adalah sama ada kerajaan akan membenarkan rentas daerah susulan banyak aktiviti telah dilonggarkan ketika ini.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan untuk membenarkan pergerakan merentas negeri atau daerah, bergantung kepada penilaian beberapa faktor dan ia memerlukan keputusan bersama pihak kerajaan.

Beliau berkata, buat masa ini, tindakan kawalan kesihatan awam masih perlu diteruskan di samping memastikan program imunisasi berjalan lancar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here