KREATIVITI warga pendidik sempena menyambut kedatangan murid pada hari pertama sesi persekolahan yang bermula hari ini menjadi tular di laman media sosial.
Ia termasuk kemunculan dua robot siri Transformer iaitu Opitimus Prime dan Bumblebee mencuri perhatian netizen dengan keunikan yang ditampilkan guru- guru di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 Kota Bahru Kelantan.
Perkongsian tersebut dibuat Mohd Khairul Izzuddin yang juga bertugas sebagai guru menerusi laman Twitternya, hari ini.
Video menarik berdurasi 18 saat yang ditonton lebih 120,000 tontonan menunjukkan robot Optimus Prime dan Bumblebee gergasi berjalan di perkarangan sekolah.
Malah, menerusi ciapan yang berlainan, guru tersebut turut berkongsi pelbagai inisiatif lain yang diambil warga pendidik bagi menjemput murid-murid kembali ke sekolah.
Antaranya dengan memakai kostum dinosaur, maskot Mickey Mouse, maskot Tom dan Jerry di Sekolah Kebangsaan Tasik Cini Pekan Pahang.
Maskot watak Spiderman juga menemani murid di kawasan perhimpunan di sebuahy sekolah di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Selain itu, watak Captain America turut berada di pintu sebuah sekolah sekolah meyambut kedatangan murid untuk menuntut ilmu. -Malaysiapost

