Vaksin: Kerajaan pertimbang kenakan kompaun individu ‘potong barisan’ – KJ

0
1
PUTRAJAYA, 23 Feb -- Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsan Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains dan Inovasi semasa sidang media selepas melakukan simulasi pemberian vaksin COVID-19 peringkat kebangsaan di Kementerian Kesihatan hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KERAJAAN akan mewujudkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan bagi mengelakkan isu ‘potong barisan’ untuk program vaksinasi Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata keputusan itu dibuat pada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang mana dokumen garis panduan tersebut memperincikan mengenai petugas barisan hadapan.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba telah menandatangani dokumen garis panduan itu yang akan dimuat naik di laman sesawang https://www.vaksinCovid.gov.my/, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menjelaskan takrifan barisan hadapan.

“Jadi, soal ‘queue cutting’ tidak lagi timbul di pusat pemberian vaksinasi kerana ada garis panduan yang jelas dan mereka diminta untuk ikut garis panduan tersebut.

“Garis panduan ini akan menyatakan secara jelas siapa yang layak dan siapa yang belum layak untuk menerima vaksin dalam fasa satu,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Dr Adham selepas menghadiri mesyuarat JKVAV, di Putrajaya hari ini.

Khairy berkata, kerajaan juga mempertimbangkan tindakan kompaun kepada mana-mana individu yang didapati melangkau giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. -Malaysiapost

Foto Kredit: Bernama

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/03/01/dakwaan-potong-barisan-fitnah-berniat-jahat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here