Liverpool tamatkan rentetan kekalahan, Man United, Chelsea buntu

0
2

LIVERPOOL kembali ke landasan kemenangan setelah menewaskan pasukan tercorot Liga Perdana, Sheffield United 2-0 di gelanggang lawan, awal pagi tadi.

Keputusan itu sekali gus menamatkan deretan empat kekalahan berturut-turut juara bertahan itu dalam saingan Liga Perdana.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp kebuntuan pada babak pertama apabila menuju ke bilik persalinan tanpa jaringan, di sebalik beberapa peluang keemasan yang dinafikan penjaga gol Blades, Aaron Ramsdale.

Bagaimanapun hanya tiga minit permainan bersambung, Curtis Jones membuka jaringan buat The Reds menerusi sepakan dari jarak dekat setelah menerima hantaran Trent Alexander Arnold dari sebelah kanan.

Gol kedua pelawat hadir pada minit ke-64 menerusi jaringan sendiri Kean Bryan setelah bola rembatan Roberto Firmino terkena kakinya lalu membias ke dalam gawang.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini mengutip 43 mata daripada 26 perlawanan untuk berada di tangga keenam.

Sementara dalam aksi terdahulu di Stamford Briged, hajat Manchester United untuk terus merapati pendahulu liga Manchester City semakin sukar apabila seri tanpa jaringan dengan Chelsea.

Keputusan itu menyaksikan United kini ketinggalan 12 mata di belakang City, manakala Chelsea di tangga kelima, cuma satu mata di depan Liverpool. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here