Shah Firdaus pula rangkul emas keirin

0
1

PELUMBA basikal trek negara Shah Firdaus Sahrom membuktikan potensinya untuk meraih pingat di Sukan Olimpik Tokyo, apabila mengatasi pelumba elit negara, Mohd Azizulhasni Awang untuk muncul juara keirin pada Kejuaraan Victoria 2021 semalam.

Azizulhasni pula menamatkan saingan di tempat kedua, manakala Ned Pollard dari Victorian Institute of Sports (VIS), ketiga.

Azizulhasni menerusi hantaran di Facebooknya memuji Shah Firdaus dengan menyifatkan rakan sepasukannya itu berpotensi membawa kejayaan buat negara dalam temasya Olimpik Tokyo Julai ini.

“Shah Firdaus membuktikan yang beliau juga mempunyai potensi besar untuk membawa kejayaan di Olimpik Tokyo nanti, selepas mengalahkan saya dalam acara Keirin hari ini. Beliau beraksi dengan cemerlang untuk merangkul kejayaan di tempat pertama.

“Jutaan terima kasih daripada saya kepada semua yang datang (penyokong) memberi sokongan kepada kami berdua tadi. Malaysia Boleh,” katanya.

Dua pelumba itu yang sedang membuat persiapan ke Olimpik di Melbourne, sebelum ini meraih kedudukan 1-2 (Azizul-Shah Firdaus) pada Kejohanan Trek Elit Victoria minggu lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here