Nilam Oshman
SEBANYAK sembilan kluster baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,138 kluster.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah tersebut, tiga kluster diisytihar tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Rami Tiga, Kluster Lingkaran Maluri, dan Kluster Sri Plentong.
Setakat ini, jumlah kluster yang ditamatkan iaitu 647 manakala jumlah kluster aktif iaitu 491.
Sementara itu, jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini iaitu sebanyak 89 kluster dan
kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perusahaan Jalan Bukit (262 kes), Kluster Tapak Bina Bukit Kiara (180 kes), dan Kluster Jalan Tasek Avenue (166 kes).
Senarai sembilan kluster baharu adalah seperti berikut :
- KLUSTER JALAN TIMAH TIGA
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru (Johor).
- Kes indeks dilapor positif Covid-19 pada 21 Februari 2021.
- 255 individu telah disaring, 31 kes positif.
2 . KLUSTER JALAN TANJUNG EMPAT
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru (Johor).
- Kes-kes dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 23 Februari 2021.
- 66 individu telah disaring, 28 kes positif Covid-19.
- KLUSTER JALAN DESA TROPIKA
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru (Johor).
- Kes-kes dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Februari 2021.
- 21 individu telah disaring, 10 kes telah positif Covid-19.
- KLUSTER BATU EMPAT
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat, Johor.
- Kes indeks dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Februari 2021.
- 55 individu telah disaring, lapan kes positif Covid-19.
- KLUSTER PERUSAHAAN JALAN BUKIT
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.
- Kes-kes dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Februari 2021
- 699 individu telah disaring, 262 kes positif Covid-19
- KLUSTER INDUSTRI WAJA
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor.
- Kes-kes dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 26 Februari 2021
- 248 individu telah disaring, 45 kes positif Covid-19
- KLUSTER JALAN SELISIK
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor.
- Kes-kes dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 1 Februari 2021
- 32 individu telah disaring, 17 kes positif Covid-19.
- KLUSTER TAPAK BINA BUKIT KIARA
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Kes-kes dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 25 Februari 2021
- 250 individu telah disaring, 181 kes positif Covid-19.
- KLUSTER JALAN SUNGAI BAONG
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.
- Kes-kes ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 24 Februari 2021
- 93 individu telah disaring, 40 kes positif Covid-19 .
-Malaysiapost

