Covid-19 : Kes melepasi 300,000 hari ini

0
2

Nilam Oshman

KES baharu positif Covid-19 melepasi angka 300,000 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 300,752 kes.

Sehingga pukul 12 tengah hari, 28 Februari sebanyak 2,437 kes baharu positif Covid-19 direkodkan.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) daripada keseluruhan kes hari ini, cuma dua kes import dan selebihnya penularan tempatan.

Jumlah kes aktif di Malaysia kini 26,205 di sebalik 3,251 kes sembuh baharu.

Selangor terus mencatat kes tertinggi iaitu 914 kes diikuti Johor (340) Kuala Lumpur (337), Perak (287), Sarawak (171), Sabah (134) dan Pulau Pinang (105).

Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Negeri sembilan (65), Kelantan (33), Kedah (13), Pahang (11), Melaka (10), Putrajaya (3) Terengganu (12), Labuan (2) dan Perlis sifar kes.

Sebanyak sembilan lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 1,130 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here