Saya perlu ada akses berjumpa dengan semua menteri’ – Steven Choong

0
2

KEPENTINGAN hubungan dua hala antara wakil rakyat dengan kerajaan pusat menjadi alasan utama Ahli Parlimen PKR Steven Choong Shiau Yoo (Tebrau) keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) 

Menurutnya, pelbagai masalah rakyat di kawasan Parlimen Tebrau akan dapat diselesaikan jika dirinya mempunyai hubungan yang baik dengan barisan Kabinet kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

“Hari ini, saya mengisytiharkan sokongan saya kepada  Perdana Menteri oleh sebab beliau faham dan setuju dengan keperluan saya untuk ada akses kepada dan berjumpa dengan semua menteri dan ketua agensi Kerajaan untuk membangkitkan dan cuba menyelesaikan isu-isu rakyat yang selama ini disampaikan kepada saya melalui pelbagai saluran. 

“Isu banjir kawasan, isu pembuangan sampah haram, isu along yang bertambah teruk, isu scam yang bertambah teruk, isu PPR dan rumah pangsa kos rendah/murah, isu perlesenan berjenis-jenis di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan yang menghalang kemasukan pelaburan asing.

“Selain isu pencemaran sungai, isu dan masalah perusaha kecil dan sederhana, isu pekerja asing dan tempatan semua harus ditangani dengan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Terdahulu, Steven bersama seorang lagi Ahli Parlimen PKR Larry Sng Wei Shien (Julau) telah bertemu Muhyiddin tengah hari tadi untuk menyerah surat akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Kerajaan PN. 

Justeru, Steven berharap tindakannya ini dapat membuka lembaran baru peranannya sebagai wakil rakyat demi kepentingan negara dan rakyat. 

“Saya berharap dengan pengalaman saya sebagai akauntan, juruaudit luar dan dalaman, agen cukai dan perunding perniagaan selama 40 tahun, saya boleh bekerjasama dengan semua menteri dan agensi Kerajaan untuk mencari penyelesaian untuk isu-isu tersebut.

“Saya sudi membantu mana-mana pihak kerajaan khususnya di dalam bidang kepakaran saya. Sekiranya dipanggil, saya sudi bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk mencari atau merancang atau merangka sistem percukaian supaya hasil kutipan cukai akan meningkat dan pada masa yang sama tidak membebankan kumuniti perniagaan dan rakyat.

“Saya berharap juga menjadi orang tengah atau jambatan (bridge) di antara Kerajaan dan komuniti perniagaan supaya isu-isu rakyat dapat perhatian Kerajaan,” katanya.  -Malaysiapost

Artkel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/28/keluar-parti-tindakan-ahli-parlimen-tebrau-satu-pengkhianatan-wanita-pkr/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here