Keluar parti: ‘Tindakan Ahli Parlimen Tebrau satu pengkhianatan’ – Wanita PKR

0
2

WANITA Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor menyifatkan  tindakan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoo keluar parti dan menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai satu pengkhiantan.

Ketuanya, Napsiah Khamis berkata, tindakan Steven itu sangat tidak bertanggungjawab kepada amanah rakyat serta undi rakyat yang selama ini memilih PKR sebagai parti yang meneraju Tebrau. 

“Bertanding dan menang menggunakan logo dan lambang PKR dan rakyat juga memilih beliau disebabkan oleh lambang PKR. 

“Pengkhianatan kepada undi rakyat ini adalah satu perkara yang paling hina,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengkhianatan menjadi satu di antara perbuatan tercela yang menodai nilai kesetiaan.

“Pengkhianatan juga menyebabkan kerosakan dan kerugian baik dari segi mental mahupun fizikal,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi supaya menghukum pengkhianat parti pada pilihan raya akan datang .

“Siapkan 10 peluru dalam senjata, 9 peluru untuk pengkhianat dan satu sahaja untuk lawan, kerana pengkhianat adalah musuh terbesar,” katanya memetik kata-kata Jeneral Soedirman.

Terdahulu, dua Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti dan menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri. 

Ahli Parlimen Julau Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang kini menjadi ahli Parlimen bebas, mengakhiri khabar angin berhubung kesetiaan mereka kepada presiden PKR. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here