2 kanak-kanak lemas, 1 lagi masih hilang

0
2

DUA kanak-kanak perempuan dilaporkan lemas dalam kejadian di Pantai Sungai Ular, Kuantan, Pahang  petang tadi. 
Difahamkan, seorang lagi kanak-kanak lelaki masih hilang dalam kejadian sama dan jam 5.30 petang itu, usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan. 
Mangsa yang lemas dikenali sebagai Fitrah Dhia Zahraa’ Zaidi, 9, dan Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13.
Manakala, mangsa yang hilang adalah Mohd Fazrul Hakimi Ariffin, 11, yang juga adik kepada Nor Najuwa.
Menurut laporan Sinar Harian, maklumat awal daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), memaklumkan kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang mandi di pantai berkenaan.
Mayat kedua-dua mangsa ditemui antara jam 6 dan jam 6.30 petang tidak jauh dari lokasi mereka dilaporkan lemas.
Operasi mencari dan menyelamat disertai polis, bomba, APM dibantu penduduk kampung. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here