Bas ekspres bawa pesakit Covid-19 rempuh plaza tol

0
2

SEBUAH bas ekspres membawa pesakit Covid-19  terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang kira-kira jam 3 petang tadi. 

Dalam Kejadian itu, bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di MAEPS, Serdang.

Setakat ini, enam penumpang bas dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa terus ke MAEPS, Serdang, untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, keadaan pemandu bas dan pembantunya masih belum dapat dipastikan, lapor Berita Harian

Keadaan bahagian hadapan bas dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan itu.

Difahamkan, bas berkenaan membawa pesakit Kluster Changkat Jong, Perak, dan berlepas jam 10 pagi tadi dan dijadualkan sepatutnya tiba di MAEPS, Serdang, pada jam 1 tengah hari ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here