Annuar Musa terima tawaran sebagai Patron, Presiden KL United FC

0
2

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bersetuju menerima tawaran menjadi Patron dan Presiden kepada pasukan Liga Super Kuala Lumpur United Football Club (KL United).

Annuar bukan asing dalam arena bola sepak tempatan kerana pernah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) serta Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata tawaran itu diterima menerusi satu surat jemputan yang dihantar kepadanya baru-baru ini.

“Setelah menimbangkan jemputan dan rayuan mereka, saya bersetuju menerima tawaran tersebut dengan syarat tawaran itu mestilah atas kapasiti peribadi saya.

“Selain bersifat sukarela tanpa memegang apa-apa kepentingan dan tidak menerima apa-apa ganjaran.

“Saya sekadar berkongsi pengalaman dan membantu memajukan pasukan KL United FC serta sukan tersebut di Kuala Lumpur,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Annuar seterusnya berharap pasukan KL United dapat menyumbangkan sesuatu kepada komuniti dan warga Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan.

Baru-baru ini, Annuar hadir menyaksikan latihan pasukan KL United FC dengan diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad.

Pengurusan KL United FC diketuai Ketua Pegawai Eksekutif KL United FC Stanley Bernard Stephen Samuel.

Skuad warga kota itu dibimbing bekas ketua jurulatih Kelantan ketika Annuar menjadi Presiden KAFA iaitu Bojan Hodak. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/30/kl-united-tidak-terbabit-isu-saman-bekas-jurulatih/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here