Bersatu bagai telur dihujung tanduk – Puad

0
2
puad zarkashi

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini dalam keadaan tersepit.

Katanya, Bersatu bagaikan telur dihujung tanduk selepas titah Yang di-Pertuan Agong berhubung persidangan Parlimen boleh bersidang semula.

Beliau turut mempersoalkan adakah peningkatan kes positif Covid-19 berkaitan dengan Parlimen?

“Nak tanya (Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mana yang lebih sakit.

“Kena cucuk vaksin atau Titah YDP Agong bahawa Parlimen boleh bersidang. Tiba tiba angka Covid-19 mencanak naik 3545 kes,” sindirnya menerusi Facebook.

Menurutnya, perkara itu yang paling ditakuti oleh Muhyiddin dan Bersatu iaitu sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum.

“Silap langkah Bersatu boleh meninggal. Kehilangan Johor dan Perak di ketika Bersatu amat berkuasa di Kerajaan pusat menghiris hati pemimpin Bersatu.

“Bersatu memang runsing bila 147 Ketua Umno Bahagian menolak kerjasama dengan mereka. Itu bermakna Umno tetap bertanding di 16 kerusi lompat dari Umno ke Bersatu.

“Maka apa yang tinggal untuk Bersatu. Pagoh sendiri belum tentu dapat dipertahankan. Apa jaminan bukan Melayu akan mengundi PPBM?,” soalnya lagi.

Sindirnya, Bersatu bukan parti akar umbi, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang merancang jika Pakatan Harapan berkuasa maka Cawangan Umno automatik jadi cawangan Bersatu.

“Sekarang apa jadi? Boleh tanya tak, berapa cawangan PPBM di 16 kerusi lompat. Contoh Larut dan Mersing. Saja tanya. Jangan saman pula,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat dikuatkuasakan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here