PRU15 mungkin apabila separuh rakyat divaksin – KJ

0
1
Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin melawat Pusat Penerima Vaksin (PPV) Stadium Bukit Jalil pada hari pertama PPV dibuka di sini hari ini.

MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan Malaysia mungkin bersedia mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila separuh daripada 32 juta penduduk negara ini telah divaksinkan.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 berkata beliau tidak terkejut jika PRU15 diadakan pada September atau hujung tahun ini.

“Jika kami dapat melaksanakan program imunisasi yang berkesan dan dapat meliputi, katakan 50 ke 60 peratus populasi dan Ketua Pengarah Kesihatan berasakan keadaan terkawal, maka barangkali itulah masa yang sesuai (mengadakan PRU15),” katanya lagi.

“Tidak mustahil membayangkan ia akan berlangsung dalam tahun ini…paling awal September,” katanya dalam wawancara terbitan CNA, hari ini.

Menurut beliau, apabila vaksin sudah menunjukkan keberkesanannya dalam kalangan penduduk maka ekonomi akan pulih dengan pantas.

“Dan sebagai ahli politik. Ini juga akan mengakhiri kebuntuan kerana kita dapat mengadakan PRU,” katanya lagi.

Hari ini bermula Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang menyasarkan pemberian imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11 di Putrajaya yang merupakan antara Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dikenal pasti bagi program imunisasi terbesar negara itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here