G Dragon, Jennie Blackpink jalin cinta?

0
2

HARI ini dunia industri hiburan Korea dikejutkan dengan laporan berita mendakwa G-Dragon dari Bigbang dan Jennie Blackpink dikatakan sedang hangat bercinta.

Berita itu menjadi tular kerana kedua-dua ikon besar dalam dunia hiburan Kpop tersebut tidak pernah dikaitkan antara satu sama lain sebelum ini, selain atas urusan kerja kerana bernaung di agensi sama.

Malah, dilaporkan pasangan itu dikatakan sudah setahun menjalin cinta.

Jennie dan G Dragon yang dikenali sebagai GD mula berkenalan apabila ahli kumpulan Blackpink itu membintangi muzik video bintang Halyu berkenaan pada tahun 2012.

Malah, Jennie turut menyanyi sekali dalam lagu ‘BLACK’, solo dalam album lelaki itu.

Menurut Dispatch, kedua mereka sering menghabiskan masa di villa mewah GD terletak di Hannam-dong.

Disebabkan lokasi parkir dan pintu rumah yang tertutup, pasangan ini tidak mempunyai risiko yang tinggi untuk terdedah kepada mata orang awam.

Dispatch turut mendedahkan bahawa kenderaan milik Jennie turut didaftarkan di bawah alamat rumah GD.

Namun, difahamkan sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada YG Entertainment mengenai berita itu setakat ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here