Surat kebenaran khas rentas daerah, negeri hantar anak ke sekolah

0
2

SURAT kebenaran khas akan dikeluarkan kepada ibu bapa dan penjaga bagi membolehkan merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke sekolah atau asrama sebaik persekolahan dibuka secara berperingkat bermula 1 Mac ini.  

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan memahami ramai ibu bapa perlu merentas daerah dan negeri untuk menghantar anak ke sekolah atau asrama sebaik sekolah dibuka.  

“Jika pekerja boleh melakukannya hanya dengan surat majikan tanpa perlu mendapat kebenaran polis, saya percaya Kementerian Pendidikan (KPM) boleh menggeluarkan surat bagi kemasukan asrama dan sebagainya atau surat daripada guru boleh dijadikan sebagai surat kebenaran khas kepada ibu bapa.  

“Saya akan bincang perkara ini dengan KPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya kelonggaran ini diberikan,” katanya dalam sidang media hari ini.  

Ditanya mengenai kebenaran rentas negeri membabitkan negeri yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang semakin menurun kes Covid-19, beliau memaklumkan ia belum dibenarkan.  

“Bagaimanapun kita akan ketahui selepas tamat PKP pada 4 Mac ini dan dua hari sebelum itu semua perkara akan dibincangkan dalam Sidang Khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri.  

“Apa sahaja keputusan akan dimaklumkan selepas itu,” katanya.  

Beliau juga akan membincangkan rungutan peniaga membabitkan sektor perkhidmatan yang masih tidak dibenarkan beroperasi dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MKN esok dan akan mengumumkan keputusannya pada Khamis. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here