11 kluster tempat kerja, 2 kluster komuniti direkodkan hari ini

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenalpasti 13 kluster baharu jangkitan Covid-19 hari ini, melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja dan dua komuniti. 

Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu: 

KLUSTER JALAN DAMAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Februari hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Damai, Kampung Batu Belah, Klang. Sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif. 

KLUSTER SUBANG TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif bermula pada 20 Februari hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang yang di Jalan Subang 3, Subang Jaya Industrial Estate. Sejumlah 68 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif. 

KLUSTER JALAN SERENDAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Sepang, Klang, dan Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif bermula 19 Januari hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang di Jalan Serendah, HICOM Industrial Estate, Shah Alam. Sejumlah 1,000 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif. 

KLUSTER TAPAK BINA DIGITAL LAPAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif bermula 16 Februari hasil saringan bersasar pekerja sebuah tapak binaan di Jalan Digital 8, Taman Perindustrian Kulai. Sejumlah 464 individu telah disaring, di mana 133 kes telah dikesan positif. 

KLUSTER JALAN CYBER SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif bermula pada 20 Februari hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 9, Taman Perindustrian Senai IV. Sejumlah 199 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif. 

KLUSTER JALAN TEBRAU PANDAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-273,897) dilaporkan positif pada 18 Februari hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya di Jalan Tebrau Pandan. Sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif. 

KLUSTER JALAN WAWASAN 16

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-273,890) dilaporkan positif pada 18 Februari hasil saringan individu bergejala. Kes dalam kluster ini melibatkan pekerja sebuah kilang di Jalan Wawasan 16, Kawasan Perindustrian Sri Gading 2, Batu Pahat. Sejumlah 138 individu telah disaring, di mana tujuh kes dikesan positif. 

KLUSTER JALAN SETIAWANGSA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif pada 23 Februari hasil saringan bersasar pekerja sebuah pasar raya di Taman Setiawangsa.

Sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 51 kes telah dikesan positif. 

KLUSTER JALAN BAYAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras dan Titiwangsa di Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif bermula 11 Februari hasil saringan bersasar pekerja sebuah pasar raya berhampiran Jalan Bayam, Cheras. Sejumlah 128 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif. 

KLUSTER JALAN MUHIBBAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Betong di Sarawak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-274,498) dilaporkan positif pada 18 Februari hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial di Jalan Muhibbah, Betong. Sejumlah 110 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif. 

KLUSTER TAPAK BINA JALAN EKAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan bermula pada 9 Februari hasil saringan bersasar pekerja sebuah tapak binaan di Jalan Ekar 1/3, Kampung Rantau, Seremban. Sejumlah 170 individu telah disaring, di mana 50 kes telah dikesan positif dalam kluster ini. 

KLUSTER TAMAN MAWAR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-286,694) dilaporkan positif pada 23 Februari hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial di Taman Mawar. Sejumlah 15 individu telah disaring, di mana kesemua kes dikesan positif. 

KLUSTER JALAN PKNK 3/3

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif bermula 16 Februari hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang di Jalan PKNK 3/3, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kuala Muda. Sejumlah 255 individu telah disaring, di mana 40 kes telah dikesan positif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here