KPWKM tubuh agensi berpusat, elak bantuan bertindih

0
2

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menubuhkan satu agensi berpusat bagi memantau dan menilai program bantuan sosial bagi mengelakkan pertindihan.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan Perdana Menteri semalam.

“Mesyuarat bersetuju bahawa penubuhan satu agensi berpusat bagi pemantauan dan penilaian program bantuan sosial bagi mengelakkan pertindihan program bantuan sosial ke arah penyelarasan dan koordinasi bantuan sosial yang lebih sistematik.

“Selain mewujudkan Pangkalan Data Berpusat bagi bantuan Sosial bagi memastikan semakan dan kawalan serta kesegeraan penyampaian perkhidmatan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata, kementerian komited dalam memastikan setiap bantuan yang dirancang kerajaan sampai kepada penerima yang layak serta tiada yang tertinggal.

“Mesyuarat semalam bagi membentangkan Kertas Cadangan bertajuk Hala Tuju Baharu Bantuan Sosial.

“Pembentangan ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan keputusan Ahli Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) terhadap cadangan Kementerian selaku Urus Setia Jawatankuasa Kerja Bantuan Sosial di bawah Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC).

“Ia berkaitan hala tuju baharu bantuan sosial serta cadangan penyelarasan mekanisme sedia ada berkaitan sosial,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here