Isu darurat: Aziz Bari beri keterangan kepada polis esok

0
2

Oleh Najamuddin Mohd Nor

TIMBALAN Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari sedia memberi kerjasama kepada polis berhubung kenyataannya berkaitan proklamasi darurat dan Yang di-Pertuan Agong menerusi ‘live’ di Facebook bulan lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi itu memberitahu Malaysiapost, siasatan polis itu adalah prosedur biasa susulan terdapat laporan polis terhadapnya.

“Esok saya akan disiasat oleh polis di Ipoh. Saya difahamkan ia berkaitan siaran secara langsung saya di Facebook bulan lalu mengenai proklamasi darurat.

“Saya sedia untuk memberi kerjasama penuh dalam siasatan itu. Ini prosedur polis kerana ada aduan terhadap saya.

“Jika polis mendapati ada kenyataan saya salah, ia akan dibawa kepada pihak pendakwa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata beliau tidak tahu kertas siasatan polis dibuka terhadapnya di bawah akta kesalahan apa.

“Pusat khidmat saya menerima panggilan daripada Bukit Aman pagi ini berhubung komen saya mengenai Agong. Mereka tidak menyatakan saya disiasat bawah undang-undang apa.

“Apa yang saya katakan (ketika siaran langsung di Facebook) termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jelas sekali, saya rasa orang ramai tidak tahu (apa) yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

“Tak apalah, saya akan menjelaskannya ketika disoal siasat polis esok,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here