Dos tambahan vaksin sampai esok – KJ

0
1

MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan Malaysia akan menerima 182,520 dos tambahan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech esok.

Katanya, ia sebagai tambahan kepada 312,390 dos sedia ada yang tiba di negara ini Ahad lalu.

Menerusi Twitter Khairy berkata, perolehan tambahan itu akan diagihkan ke seluruh negara termasuk negeri yang masih belum menerima bekalan vaksin itu lagi.

“Ia akan diagihkan esok dan Khamis. Mana-mana negeri yang belum menerima vaksin ini akan mendapat bekalan melalui penghantaran tambahan ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan data Kementerian Pendidikan, terdapat 55,539 guru yang dikategorikan berisiko tinggi dan akan diusahakan untuk diimunisasi dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Terdahulu, Khairy Jamaluddin meninjau simulasi PICK yang turut disertai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di Kementerian Kesihatan, hari ini. – Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/22/covid-19-guru-berisiko-tinggi-diutamakan-terima-vaksin/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here