Nilam Oshman
SEBANYAK 2,192 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes dalam negara meningkat kepada 285,761.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) daripada keseluruhan kes hari ini, cuma tiga kes import dan selebihnya penularan tempatan.
Jumlah kes aktif di Malaysia kini 32,076 di sebalik 3,414 kes sembuh baharu.
Selangor terus mencatat kes tertinggi iaitu 910 kes diikuti Kuala Lumpur (303), Sarawak (221), Johor (211), Perak (148), Pulau Pinang (135) dan Sabah (110).
Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Negeri sembilan (64), Kelantan (28), Kedah (26), Melaka (14), masing-masing tu tujuh di Pahang dan Putrajaya serta empat kes di Perlis dan Terengganu manakala Labuan sifar kes.
Sebanyak enam lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 1,062 kes. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/02/22/covid-19-dijangka-berakhir-tahun-2022/

