Aksi lucu cikgu perbetulkan ‘pronunciation’ pelajar di TikTok

0
2

SELEPAS tular teguran penyanyi, Adibah Noor terhadap sebutan bahasa Inggeris Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun kini tular pula video TikTok seorang guru memperbetulkan ‘pronunciation’ pelajarnya.

Video dari @sir aSaidengan kapsyen ‘English Pronunciation Challenge’ itu menyaksikan guru lelaki itu memberi satu perkataan yang kemudian disebut setiap pelajarnya.

Antara perkataan itu adalah ‘connect’; ‘tote’;’rendezvous’;’archieve’ dan ‘doubt’.

Walaupun video berdurasi 4.20 minit itu menghiburkan dengan telatah jawapan dengan bunyi yang pelbagai, ia juga secara tidak langsung mendidik bukan sahaja pelajar malah kepada semua yang menontonnya.

Berdasarkan semakan Malaysiapost di profile TikTok berkenaan, guru berkenaan dipercayai berasal dari Kelantan dan tidak dapat dipastikan sekolah mana beliau mengajar kerana tidak dinyatakan.

Malah video yang tular itu bukanlah satu-satunya video pelajaran bahasa Inggeris yang dihasilkan guru terbabit malah terdapat banyak lagi video yang hampir sama di TikTok beliau. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://vt.tiktok.com/ZSJen8qkK/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here