SPM 2020: Radzi doa yang terbaik buat semua calon

0
1

MENTERI Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin mendoakan yang terbaik untuk semua pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang berlangsung hari ini.

Beliau berkata, semua calon yang menduduki peperiksaan hari ini amat berbeza berbanding pada tahun-tahun sebelumnya.

“Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan SPM dan SVM di mana calon menjawab kertas peperiksaan Bahasa Melayu kertas 1.

“Peperiksaan SPM pada tahun ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Datuk Dr Radzi Jidin memberikan kata-kata semangat kepada calon SPM

Menerusi perkongsian yang sama Radzi turut memuatnaik gambar beliau bersama Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Datuk Pkharuddin Ghazali, mengunjungi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Impian untuk meninjau keadaan di sekolah dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Datuk Dr Radzi Jidin bersama cikgu – cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Impian untuk meninjau keadaan di sekolah dan pematuhan prosedur

“Keadaan teratur, dan peperiksaan berjalan dengan lancar buat semua pelajar.

“Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak yang menduduki peperiksaan SPM 2020 dan SVM 2020,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/22/401105-calon-spm-2020-mula-duduki-peperiksaan-dalam-norma-baharu/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here