PRU-15: Umno nafi enggan bekerjasama Bersatu, PN

0
2

UMNO hari ini menafikan laporan dan spekulasi media yang mendakwa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan gabungan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan Umno, sebarang kenyataan berhubung keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno adalah tidak sahih.

Tegasnya, melainkan ia datang daripada kenyataan rasmi parti atau kepemimpinannya.

“Ibu pejabat (Umno) memandang serius berita yang tular berkaitan keputusan mesyuarat MKT, kelmarin.

“Sebarang laporan, spekulasi dan kenyataan media lain tidak boleh dirujuk sebagai pendirian atau kenyataan rasmi parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum itu, beberapa media melaporkan pemimpin Umno telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dan PN pada PRU-15 sebaik proklamasi darurat berakhir.

Memetik sumber dalaman parti itu, perkara itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Janda Baik, Pahang, kelmarin.

Keputusan itu turut menyatakan kemungkinan Umno akan bertanding atas tiket sendiri pada PRU-15 akan datang. – Malaysiapost

Artikel berkaitan
https://malaysiapost.com.my/2021/02/20/umno-tamatkan-hubungan-dengan-pn-sebaik-darurat-berakhir/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here