Vaksin Covid-19 tiba di Johor

0
2

SEBAHAGIAN daripada dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech dibawa masuk dari Singapura, selamat tiba ke Johor tepat jam 2 petang tadi.

Situasi di Tambak Johor sejak jam 1 tengah hari, kelihatan lori penyimpanan khas yang membawa dos vaksin berkenaan sudah bersedia di tengah-tengah tambak berkenaan.

Kenderaan membawa Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba kemudian dilihat tiba pada 1.35 tengah hari di Tambak Johor bagi menyambut ketibaan dos vaksin berkenaan.

Penyerahan ringkas dilakukan oleh wakil syarikat vaksin di tengah-tengah tambak berkenaan kepada kerajaan Malaysia yang diwakili Dr Adham dan Hasni.

Mereka turut dilihat melambai-lambai ke arah pengamal media yang menunggu sejak 12.30 tengah hari di R&F Princess Cove yang terletak berhadapan Tambak Johor.

Lori penyimpanan khas berkenaan dilihat meninggalkan Tambak Johor tepat 2 petang dan diiringi konvoi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal ketat kenderaan berkenaan.

Menerusi hantaran di laman Facebook (FB), Dr Adham memberitahu bagi negeri Johor, sejumlah 73,710 dos telah dihantar ke empat Pusat Simpaan Vaksinasi (PSV).

“Daripada situ, vaksin ini akan diedarkan ke seluruh 54 Pusat Pemberian Vaksian (PPV) yang ada di seluruh negeri Johor. Petugas barisan hadapan di negeri Johor adalah golongan pertama yang akan menerima vaksin ini secara berperingkat-peringkat mulai minggu ini.

“Vaksin yang dibawa menggunakan trak DHL ini adalah kumpulan pertama vaksin yang sama tiba di KLIA pagi tadi daripada kilang Pfizer-BioNTech di Puurs, Belgium.

“Semoga dengan kehadiran vaksin ini dapat memberi harapan baru buat semua rakyat Malaysia dalam peperangan kita melawan Covid-19 ini,” ujarnya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/21/dos-vaksin-covid-19-dihantar-ke-16-lokasi-seluruh-negara/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here