Kes kucing bunting dibunuh, polis rujuk JPV

0
2

KES kucing bunting dibunuh kejam dengan keempat-empat kaki dikerat dipercayai didera, diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe ketika mengesahkan menerima laporan dibuat pemilik kucing itu semalam, berkata kes itu dirujuk ke JPV Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“Semua kes membabitkan penganiayaan terhadap haiwan disiasat oleh pihak berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.

Pagi tadi Malaysiapost melaporkan seorang wanita membuat laporan polis selepas kucing peliharaannya yang sedang bunting dibunuh kejam dengan keempat-empat kaki dipotong.

Menerusi perkongsian di Facebook, wanita tersebut yang tinggal di Taman Harmonis, Gombak menerima panggilan yang memberitahu kucingnya telah mati.

Turut dimuat naik gambar kucing itu yang mati terbaring dan salinan laporan polis yang telah dibuat wanita itu.

“Terpaksa, demi hak awak (kucing). Awak dah la tengah pregnant (bunting). Jahat betul manusia ya? Saya tak boleh bayangkan awak tanggung sakit masa dia rentap keempat-empat kaki awak,” tulis wanita itu.


Artikel berkaitan
https://malaysiapost.com.my/2021/02/20/kejam-kucing-bunting-dibunuh-empat-kaki-dikerat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here