Mubarak gesa Umno terima tawaran jawatan TPM

0
3
KUALA LUMPUR 06 JULY 2017. Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

MAJLIS Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menggesa Umno menerima tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ia antara lain bagi mengelak berlaku pertembungan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata jika berlaku pertembungan tiga penjuru, Umno tidak akan mampu lagi bangkit selepas tersungkur pada PRU-14 dan kalah buat pertama kali dalam sejarah.

“Sekiranya Umno menjawat jawatan TPM, ahli-ahli akar umbi berkeyakinan tinggi untuk menghadapi PRU15 kerana kedudukan mereka lebih terjamin.

“Pada masa sama, ia akan menamatkan spekulasi wujudnya usaha untuk Umno menjalin kerjasama dengan PH yang mana kebanyakan orang Melayu tidak boleh terima,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Abdul Aziz menambah, kepemimpinan tertinggi Umno perlu bersetuju dengan tawaran jawatan bagi TPM itu, demi memperkasa semula hala tuju parti menjelang PRU akan datang.

Umno juga katanya harus mengutamakan kelangsungan “politik Melayu-Islam.”

Isu jawatan TPM kembali diperkatakan kebelakangan ini apabila kepemimpinan PN dikatakan mahu memberi jawatan itu kepada Umno, dan ia dilaporkan akan dibincang oleh kepemimpinan Umno.

Semalam, Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata Umno tidak perlu terima jawatan Timbalan Perdana Menteri TPM kerana tidak banyak perubahan boleh dilakukan.

Sebaliknya, katanya, ia hanya untuk menyelamatkan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bersatu yang sedang tenggelam.

Isham berkata, jawatan TPM hanya untuk jangka masa pendek dan pastinya Bersatu akan menuntut untuk Umno mengorbankan banyak perkara untuk jawatan tersebut. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/02/19/umno-tak-perlu-terima-jawatan-tpm-isham-jalil/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here