Tak patuh SOP, 443 ditahan

0
2

SERAMAI 443 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menter Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah yang ditahan itu, 404 individu dikompaun manakala 39 lagi direman.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikesan adalah tiada penjarakan fizikal membabitkan 136 kes dan gagal menyediakan peralatan merekod diri atau pelanggan sebanyak 84 kes.

“Kesalahan lain adalah rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (68 kes), tidak memakai pelitup muka (64 kes), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (29 kes) dan keluar rumah tanpa alasan munasabah sebanyak 20 kes.

“Aktiviti perjudian 19 kes, membawa penumpang berlebihan (15 kes), ingkar arahan kuarantin (2 kes) dan lain-lain enam kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kawalan sempadan negara melalui Operasi Benteng (Op Benteng) semalam pula berjaya menangkap 39 pendatang asing tanpa izin dan merampas sebuah bot serta dua kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 118 buah bot/kapal di perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here