PKPD di Bandar Muadzam Shah, Rompin ditamatkan esok

0
2

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di taman-taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang ditamatkan bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di taman-taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang bermula 9 Februari lalu dan dijadualkan tamat pada 22 Februari ini.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 886 saringan dan daripada jumlah itu, 36 kes positif Covid-19 direkodkan di lokaliti berkenaan.

“Bagaimanapun, KKM mengesahkan jangkitan di lokaliti itu kini adalah terkawal dengan kes positif terakhir direkodkan pada 4 Februari lalu dan tiada lagi sampel saringan yang menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di kawasan terbabit.

“PKPD di taman-taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang ditamatkan bermula esok iaitu lebih awal dari tarikh asal yang dijadualkan,” katanya.
-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here