JUMLAH kes baharu harian Covid-19 dilaporkan hari ini ialah 2,936 kes menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 277,811 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu yang dilaporkan adalah membabitkan 2,919 kes tempatan dan 17 lagi kes import.
“Kes tempatan membabitkan 1,572 warganegara dan 1,347 bukan warga negara.
“Manakala kes import pula membabitkan empat warganeagara dan 13 bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, jumlah kes sembuh baru hari ini adalah 4,889 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 239,971 kes atau 86.4 peratus.
Beliau berkata, jumlah kes yang dikesan aktif setakat ini adalah 36,797 kes.
“Jumlah kematian baru akibat Covid-19 hari ini adalah 13 kes membabitkan 11 warganegara dan dua bukan warganegara.
“Jumlah kumulatif kematian kini ialah 1,043,” katanya.
Menurutnya, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 220 kes dengan 104 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan. -Malaysiapost

