PELAKON Syanie Hisham selamat bergelar isteri kepada pasangan pilihannya, Zahril Hafiz Mohammed Nor dalam satu majlis pernikahan yang diadakan pagi tadi.
Menerusi perkongsian dalam InstaStorynya, Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 47,turut memuat naik foto bersama suaminya selepas sah bergelar pasangan suami isteri.
“Alhamdulillah dan selamat diijabkabulkan. Terima kasih semua atas doa kalian,” ujarnya ringkas.
Bagaimanapun, pelakon yang kini bergelar usahawan pizza itu tidak mendedahkan lebih lanjut tentang majlis pernikahannya dengan Zahril.
Menerusi semakan di Instagram milik Zahril, beliau merupakan seorang perancang kewangan.
Terdahulu, sebelum berkahwin dengan Zahril, Syanie pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali iaitu dengan Mohd Attirmidi Abdul pada tahun 1996 sebelum berpisah pada tahun 2002.
Untuk perkahwinan kali keduanya pula, Syanie pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki bernama Nadi Putera Mohammad Zainol pada tahun 2014 dan bercerai pada 2016.
Namun kedua-dua perkahwinannya yang terdahulu tidak dikurniakan cahaya mata. -Malaysiapost
Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/18/hannah-delisha-selamat-diijabkabul/

