75 tahun, masih gagah pikul tong gas demi keluarga

0
3

Sharifudin Abdul Rahim

UMURNYA sudah menjangkau usia senja, namun dia masih ligat memerah kudratnya demi sesuap nasi.

Sejak tahun 1966, Hang Seng Long, 75, mengusahakan kedai runcit di Jalan Gombak Kuala Lumpur. Tanpa rasa lelah, dia terus menjalankan perniagaan itu termasuk jualan tong gas.

Malah, pada usia menghampiri angka 80 tahun, dia masih gagah mengangkat tong gas untuk dihantar kepada pelanggan.

Mungkin inilah dikatakan selagi kudrat masih ada, selagi itu akan terus bekerja. -Malaysiapost

Hang Seng Long, 75 menyusun tong gas di stor kedai runcitnya.
Hang Seng Long mengangkat tong gas ke atas motosikalnya untuk di hantar kepada pelanggan
Pelanggan menempah tong gas daripada Hong Seng Long di kedai runcitnya.
Pelanggan membayar duit tong gas kepada Hong Seng Long
Hong Seng Long mengira bayaran dengan menggunakan kira-kira tradisional Cina iaitu sempoa.
Kedai runcit yang diusahakan oleh Hong Seng Long selama 6 dekad.
Kedai runcit yang diusahakan oleh Hong Seng Long selama 6 dekad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here