Sihir: Andi Bernadee makin pulih

0
2

KEADAAN penyanyi Andi Bernadee, 30, kini bertambah baik selepas mendapatkan rawatan akibat terkena buatan sihir.

Perkara itu dimaklumkan pengurusnya, Nasir Deraman yang memberitahu penyanyi Donde terbabit masih dalam proses mengembalikan semula kewarasan dirinya.

“Keadaan Andi sudah bertambah sedikit baik. Dia sudah menerima rawatan sejak semalam daripada seorang ustaz untuk membuang segala barang buruk yang ada dalam badannya.

“Barang itu termasuk seperti yang anda lihat yang dikongsinya menerusi Instagram. Sewaktu memuat naiknya, Andi pun sebenarnya berada di luar kewarasannya.

“Dia sekarang okay tapi masih lagi perlu buat rawatan lanjut supaya barang yang dihantar kepadanya itu boleh hilang sepenuhnya,” katanya seperti dilapokan Harian Metro.

Terdahulu, penyanyi Donde itu berkongsi dirinya menjadi mangsa sihir seorang wanita sehingga kehidupan hariannya terganggu dengan pelbagai perkara pelik.

Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile berkata, dia sudah dua kali terkena perkara itu dan paling terbaru, beberapa hari lalu.

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu berkongsi video dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur yang ditarik keluar dari bahagian tekaknya.

Selain itu, katak kering juga ditemui atas bumbung kediamannya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here