Bermula esok boleh makan di restoran lebih 2 orang semeja

0
2
Orang ramai mula makan di dalam restoran di sekitar Kuala Lumpur, selepas kerajaan membenarkan pelanggan untuk makan di dalam premis makanan bermula hari ini. Peraturan itu terhad kepada dua pelanggan di sebuah meja dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

KERAJAAN bersetuju membenarkan jumlah individu yang ‘dine in’ atau makan di restoran mengikut keluasan meja bagi kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia susulan bagi menyelaras prosedur operasi standard (SOP) yang sama bagi kawasan yang dilaksanakan PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan yang akan bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun peraturan tersebut harus diikuti dengan penjarakan sosial satu meter bagi setiap meja.

“SOP ‘dine in’ ini diikuti kebenaran makan di restoran berdasarkan keluasan meja dan asalkan ada penjarakan satu meter.

“Bagi kawasan PKP juga SOP yang sama bagi kawasan PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan. Tidak lagi dua orang dalam satu meja,” katanya dalam sidang media, hari ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here