Polis bukan sekadar cari salah

0
2

ANGGOTA polis bukan sekadar mencari salah, malah penenang.

Itu yang dapat dikatakan dalam kemalangan maut di Kilometer 15 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Kota Damansara menghala ke Klang, semalam.

Berdasarkan gambar di Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, tindakan Inspektor Rozilah Hussin menenangkan isteri mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya itu wajar dipuji.

Walaupun beliau ketika itu ditugaskan sebagai pegawai penyiasat kes berkenaan, Rozilah cuba menenangkan emosi isteri arwah yang terkejut dan sedih dengan kejadian berkenaan.

Difahamkan dalam kejadian jam 3.42 petang itu, mangsa adalah pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menunggang motosikal dan melanggar sebuah lori yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan harian lebuh raya.

Sementara itu di ruangan komen pada hantaran berkenaan dipenuhi dengan ucapan takziah selain ada yang memuji tindakan Rozilah.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here