Rosmah akan lawan

0
2

DATIN Seri Rosmah Mansor dilihat tertekan dan sedih dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkannya membela diri atas tuduhan rasuah berkaitan projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu terpaksa ditenangkan oleh barisan peguam bela selepas Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu kira-kira jam 10 pagi.

Peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh ketika ditemui media memaklumkan perkara itu dan menyatakan Rosmah akan tetap melawan semua pertuduhan terhadapnya.

“Beliau secara jujur sangat sedih dan tertekan. Kami memaklumkan kepadanya untuk pulang ke rumah bagi menghilangkan tekanan dan berehat saja,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Sepanjang prosiding keputusan itu hari ini, Rosmah yang hadir ke mahkamah berbaju kurung dan selendang kuning dilihat hanya mendiamkan diri.

Terdahulu, sebelum prosiding bermula kira-kira jam 9.45 pagi, Najib dilihat memasuki kamar mahkamah, bagi menemani isterinya dan mengikuti keputusan kes berkenaan.

Pada 11 Disember lalu, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil seramai 23 saksi bagi memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 5 Februari tahun lalu.

Pada 15 November 2018, Rosmah, 69, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi menerusi bekas Rizal, bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tiga tempat berasingan iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; di kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 September 2017.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Semua kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan yang bermula 5 Februari tahun lalu. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/18/projek-solar-rosmah-dipanggil-bela-diri/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here