‘Tunggu saya hantar surat’

0
2

ABANG tunggu saya hantar surat, kata anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JPJ menerusi Unit Penguatkuasaan Bermotosikal kini dilengkapi alat perakam video mudah alih berteknologi tinggi bagi merakam kesalahan pengguna jalan raya.

Menerusi video yang tular di media sosial, anggota JPJ tidak mengenakan saman secara terus kepada pengguna, sebaliknya video yang dirakam itu akan dihantar secara langsung kepada sistem JPJ sebelum urusan saman dibuat kepada pesalah jalan raya.

Berdasarkan video itu juga, perakam video berkenaan diletakkan pada bahagian topi keledar anggota JPJ.

“Kenapa tak pakai topi keledar? bahaya.

“Abang tunggu saya hantar surat, saya sudah rekod,” kata anggota JPJ yang menegur kesalahan penunggang motosikal. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://twitter.com/JalalMisai_2/status/1362016004629405698?s=19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here