KBS mohon MKN pertimbang buka 151 jenis sukan

0
2

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan mencadangkan lebih banyak aktiviti sukan khususnya yang tidak melibatkan sentuhan fizikal dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pasukan KBS telah membuat penelitian bagi pertimbangan yang melibatkan hampir 151 jenis sukan lagi merangkumi acara indoor, outdoor mahupun sukan dalam air.

“Insya-Allah, KBS akan terus berusaha meyakinkan kerajaan untuk membuka lebih banyak sektor sukan secara selamat dan berfasa dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Usaha memerangi pandemik Covid-19 perlu diteruskan dan kita sama-sama harus memainkan peranan dalam komuniti sukan untuk mengimbangi di antara kesejahteraan hidup dengan kelangsungan ekonomi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Reezal Merican berkata semalam beliau mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet KBS yang melihat hala tuju kementerian secara keseluruhannya.

Katanya, antara agenda penting yang dibincangkan pastinya tertumpu ke arah sektor sukan dan rekreasi lantaran pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin berkenaan arahan pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) di beberapa negeri bermula esok.

“Pengumuman itu secara tidak langsung akan membolehkan penggiat sukan dan operator fasiliti sukan dibenarkan untuk kembali beroperasi.

“Ia juga bermakna akan ada lebih banyak kelonggaran termasuklah penganjuran kejohanan dan aktiviti sukan yang boleh merancakkan lagi industri sukan.

“KBS juga memahami PKP yang masih berkuat kuasa di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ketika ini hanya membenarkan 10 jenis sukan dijalankan secara terhad dan dalam kawalan seperti mana diumumkan pada minggu lalu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here