Jangan berkira dengan frontliners – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta kerajaan supaya tidak berkira dalam isu pemberian one-off RM500 kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ahli Parlimen Pekan itu membangkitkan demikian susulan kekecewaan diluahkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mendakwa pemberian itu berat sebelah kerana membezakan kadar mengikut kelayakan.

“Tak patut berkira dengan frontliners. Beban kerja mereka bertambah berat sejak pandemik bermula.

“Mohon diperbetulkan segera,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Najib turut berkongsi tangkap layar laporan berita berhubung luahan CUEPACS berkaitan isu berkenaan.

Semalam, Presiden CUEPACS, Adnan Mat menyifatkan pemberian bantuan itu hanya indah khabar dari rupa kerana bantuan tersebut mempunyai kadar dan kelayakan yang sangat berbeza berbanding yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Menurutnya, melalui surat edaran yang dikeluarkan KKM pada 11 Februari lalu, kadar dan kelayakan bagi pemberian one-off telah ditetapkan kepada kadar penuh RM500 dan kadar separuh RM250.

Namun, katanya, petugas KKM hanya layak mendapat kadar penuh RM500 jika telah dibayar Elaun Khas Covid-19 tahun lalu pada kadar penuh selama tiga bulan atau lebih, manakala mereka yang menerima elaun kurang tiga bulan atau kadar separuh hanya layak menerima RM250.

Beliau berkata, lebih mengecewakan lagi petugas barisan hadapan ini ialah mereka perlu membuat tuntutan one-off ini secara manual dengan mengisi borang tuntutan.

“Tindakan KKM ini bukan sahaja boleh menyebabkan semangat perjuangan barisan hadapan luntur, malah memberi tanggapan negatif kepada kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/17/bantuan-one-off-rm500-frontliner-kkm-indah-khabar-dari-rupa-cuepacs/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here