POLIS mengesahkan menahan pengasas produk kecantikan di ibu negara petang semalam, berhubung dakwaan mencium bibir adik angkat lelaki yang tular di media sosial.
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, berkata lelaki berkenaan masih berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.
“Kita buka kertas siasatan selepas terima satu laporan daripada orang awam berkaitan isu itu.
“Lelaki berkenaan ditahan semalam dan polis dalam proses untuk rakam keterangannya untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya seperti dilapor BH.
Sebelum ini, tersebar video seorang lelaki mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.
Menerusi carian pengguna media sosial, pengasas produk kecantikan terbabit memuat naik beberapa video yang memaparkan perilaku sedemikian menerusi akaun TikTok miliknya yang kini sudah dinyahaktif. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/02/17/cium-adik-angkat-polis-cari-pengasas-produk-kecantikan/

